Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sarawak Pikat Komuniti Global...

KUCHING - Ekonomi digital akan menjadi platform kukuh dan pemangkin bagi Sarawak untuk...

Norizman Sedia Rampas Kedudukan...

NORIZMAN Ismail tekad untuk merampas kedudukan pendahulu keseluruhan CP130 daripada tangan Mohd Zaqhwan...

Arab Saudi Dilanda Salji...

RIYADH : Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak...

Malaysia Airlines Terima Pesawat...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines hari ini menerima pesawat A350-900 keduanya yang lengkap...

21 Kawasan Hulu Langat Terjejas Bekalan Air

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kawasan di sekitar Hulu Langat sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat paip pecah di Jalan Sungai Jelok, Kajang. Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, paip itu pecah semula selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan pada pukul 4 pagi ini.

“Bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat di kawasan yang terlibat mulai 9 pagi esok.

“Bantuan bekalan air sedang dan akan terus dihantar menerusi lori tangki ke kawasan yang sedang mengalami gangguan bekalan air sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, kawasan terjejas adalah Hospital Kajang, SMK Teknik Kajang, Taman Sentosa, Taman, Taman Maju 1, Taman Sri Pengaman, Taman Berlian, Taman Megah, Taman Jelok Indah, Taman Indah, Taman Damai Indah dan Apartment Nilam Indah.


Menurutnya, turut terjejas adalah Kawasan Perniagaan Nilam Ria, Taman Kajang Perdana, Taman Siakap, Taman Restu, Taman Sri Jelok, Taman Kajang Ria, Kampung Sungai Kantan, Taman Zamrud, Taman Kajang Baru dan Taman Kajang Mulia.

“Maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan paip pecah akan dikemaskinikan dalam aplikasi telefon ‘mysyabas’ dan laman web www.syabas.com.my,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori