Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Miri Tumpas Geng...

MIRI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah yang aktif melakukan kegiatan jenayah...

Serena Dedah Alami Tekanan

LOS ANGELES - Serena Williams berkata dia bergelut dengan ‘emosi selepas bersalin’ bagi...

Projek Terbengkalai Ijok: 2...

PUTRAJAYA - Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai...

EKSKLUSIF : Keputusan Kenaikan...

Apa perasaan anda apabila diberikan sebuah hadiah yang anda sangat-sangat idamkan tetapi kemudian...

3 Maut, 100 Cedera Kereta Api Rempuh Stesen

Hoboken, New Jersey – Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera, ramai daripadanya kritikal apabila kereta api merempuh stesen pada waktu puncak ketika orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja, hari ini.

Kejadian berlaku pada 8.30 pagi waktu tempatan, membabitkan kereta api dari Spring Valley, New York yang berlepas pada 7.23 pagi dan sepatutnya tiba di Hoboken pada 8.38 pagi namun ia terlewat.

Menurut penumpang, kereta api itu bergerak laju dan tidak perlahan ketika menghampiri stesen sebelum merempuh terminal dipenuhi orang ramai pada kelajuan tinggi.

Seorang penumpang, Bhagyesh Shah, berkata penumpang dalam gerabak kedua terpaksa memecahkan tingkap untuk keluar.


“Saya nampak seorang wanita ditindih konkrit. Ramai cedera dan berdarah,” katanya.

NBC yang memetik pihak berkuasa melaporkan setakat ini kejadian itu dianggap tidak disengajakan atau disebabkan pengganas namun masih menyiasat puncanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori