Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Anjing Diabai Hingga Kebulur,...

SEEKOR anak anjing yang dibiarkan oleh tuannya, menjadi kurus dan terpaksa makan kotak kerana...

PRN Sarawak: Dua Penjuru...

BETONG : Hanya dua penjuru iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti...

PATI Jadi Pilihan Pusat...

PETALING JAYA- Tukang urut haram dari Thailand dan China masih menjadi pilihan kebanyakan...

Jelmaan Pocong Di Paloh,...

GUA MUSANG - Sejak minggu lalu, tular video rakaman penampakan pocong yang didakwa...

3 Polis Thailand Terbunuh Dalam Serangan Di Yala

YALA (Selatan Thailand) – Tiga anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah kereta dinaiki mereka terkena bom tepi jalan di Kampung Lubok Kalo, Krong Pinang, di sini, hari ini.

Sebaik sahaja letupan berkenaan, anggota polis berkenaan diserang hendap dan berbalas tembak dengan tujuh hingga 10 anggota kumpulan militan.

Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jeneral Ittipol Achariat-pradit berkata dalam kejadian pukul 11 pagi waktu tempatan itu, anggota kumpulan itu turut melarikan enam laras senjata milik anggota polis tersebut.

Beliau berkata letupan daripada bom seberat 80kg itu menyebabkan sebuah kereta dinaiki tiga anggota polis itu melambung setinggi lima meter.

Kekuatan letupan bom tepi jalan itu, katanya, turut menyebabkan kereta dinaiki anggota polis itu terputus dua, selain meninggalkan lubang sedalam kira-kira satu meter di jalan raya itu.


Menurutnya, kesemua anggota polis terbabit sedang dalam perjalanan pulang selepas melakukan tugas risikan mengenai kegiatan penyeludupan dadah di kawasan berhampiran.

Menurut Ittipol, pihaknya percaya insiden serangan itu didalangi oleh anggota militan dikenali sebagai ‘Ubaidillah Ramlee’ dan usaha sedang dilakukan untuk menjejaki anggota kumpulan tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori