Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pendaki Jerman Maut Terjatuh...

AVIGNON - Seorang pendaki Jerman yang mengembara bersama keluarganya maut semalam di Perancis...

Faizal Hussein Berlakon Filem...

PETALING JAYA - Pelakon Faizal Hussein menjelaskan sikapnya yang tidak bersikap sembrono dalam...

‘Underdog’ Di Incheon Satu...

SEPANG - Beraksi sebagai pasukan bukan pilihan menjadi kelebihan bagi Harimau Muda A...

Pemberontak, Tentera Syria Bertempur...

AMMAN - Pasukan pemberontak dan tentera Syria bertempur di wilayah Latakia di kawasan...

326 Petani Terima Insentif NKEA Lebih RM1.3 Juta

TELUK INTAN – Sejumlah RM1,373,477.40 insentif diperuntukkan kepada 326 petani bagi kawasan Sungai Manik/Labu Kubong di bawah projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pengagihan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu membabitkan keluasan 869.7 hektar di kawasan berkenaan.

“Setiap petani yang menyertai program ini menerima bayaran insentif sebanyak RM2,000 bagi setiap hektar untuk tiap-tiap lima musim yang menjadikan jumlah keseluruhan sejak ianya dimulakan pada 2013 ialah RM7.8 juta.

“Program NKEA ini adalah untuk menyatukan petani di bawah pengurusan berpusat untuk kerja-kerja pertanian sawah padi di sini dalam usaha meningkatkan hasil atau produktiviti supaya pendapatan mereka dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Perdana Sempena Aidiladha dan Penyampaian Insentif NKEA Padi EPP II Musim 1/2016 Kawasan Sungai Manik/Labu Kubong di sini malam tadi.

Pemberian insentif tersebut juga merupakan penyampaian yang terakhir bagi musim kali ini.


Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata, terdapat peningkatan dari segi produktiviti yang menunjukkan program ini berjaya meningkatkan hasil petani.

“PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) merupakan pemimpin kepada petani dan kita nak petani-petani ini mengamalkan amalan pertanian yang baik kalau sekiranya kita nak mencapai produktiviti yang lebih tinggi. Sebab itulah kita mewujudkan program pengurusan berpusat ini.

“Itu salah satu kaedah untuk mendidik petani supaya menjadi petani yang mengamalkan kegiatan pertanian yang baik dari masa yang lalu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori