Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Liga Perdana: T-Team Nafi...

KUALA TERENGGANU - Pegawai pasukan bola sepak berstatus kelab, T-Team, hari ini menafikan...

Mesyuarat Khas SPR Bincang...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 13...

Suami Isteri & Seorang...

DUNGUN - Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah...

Penghinaan Terhadap Raja, Islam...

KUANTAN - Penghinaan terhadap institusi Raja dan agama Islam tidak boleh dibiarkan serta...

4 Lelaki Ditahan Terlibat Judi Di Pudu

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian di dua buah premis di Jalan Pudu, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 36 hingga 56 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira 3 petang itu, polis turut merampas 21 unit komputer untuk aktiviti perjudian, dua unit komputer kawalan, dua unit modem dan wang tunai sebanyak RM200 dari kedua-dua premis berkenaan.

“Ketika serbuan dibuat, polis menahan dua lelaki yang merupakan penjaga premis itu dan dua lagi lelaki sedang bermain judi dalam permis berkenaan.


“Hasil siasatan mendapati kesemua mereka memiliki pelbagai rekod jenayah lampau manakala barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tun H.S.Lee untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hamid berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. Katanya, polis akan meneruskan tindakan dari semasa ke semasa dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat untuk tindakan demi mengekalkan keharmonian serta ketenteraman awam di ibu kota. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori