KUALA LUMPUR – Lima individu ditahan manakala empat lagi sedang diburu polis selepas disyaki terlibat dalam kes Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia Ibrahim Ansar diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lima yang ditahan itu berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun ditahan di sekitar Dengkil, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi ini oleh pasukan polis Selangor.
“Mereka yang ditahan akan di siasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah) Khas 2012 (Sosma),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Galeri Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, hari ini. – BERNAMA