NEW YORK – Seorang ibu di Amerika Syarikat menyimpan mayat anak lelakinya selama lapan tahun dalam kejadian tidak ubah seperti filem jenayah klasik Psycho.
Mayat anaknya itu cuma ditemui selepas si ibu dibawa ke sebuah hospital kerana cedera akibat terjatuh.
Seorang anggota keluarga yang pulang ke rumah itu di Brooklyn, New York, untuk mengambil sesuatu menemui sisa mayat berkenaan di dalam loteng sebelum menghubungi polis.
Lelaki terbabit, pemandu teksi yang menghidap penyakit yang tidak dinyatakan, dan sepatutnya berusia 51 tahun tahun ini, lapor New York Daily News.
Kali terakhir lelaki itu dilihat ialah pada 2008 selepas dia terbabit kemalangan jalan raya.
Keretanya pula diletakkan di depan rumah berkenaan dan sudah sekian lama tidak bergerak. Dia juga dilaporkan sentiasa mengasingkan diri daripada keluarga selain ibunya.
Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, wanita itu sering menyendiri.
Ć¢ā¬ÅDia tidak pernah bertegur sapa dengan kami dan cuma dilihat ketika keluar membeli barang dapur.
Ć¢ā¬ÅWanita itu memang pelik. Dia hanya tunduk ketika berjalan,Ć¢ā¬Ā katanya.
Dalam filem Psycho, watak penjenayahnya Norman Bates menyimpan mayat ibunya di dalam loteng di rumahnya selepas membunuh wanita itu serta teman lelakinya. – Agensi/myMetro Online