Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Keganasan Meletus Apabila Ketua...

NEW DELHI - Keganasan meletus di Haryana, utara India selepas seorang ketua agama...

Banduan Penjara Marang Larikan...

MARANG - Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23...

P. Ramlee Tak Pernah...

SUSULAN kenyataan penerbit tersohor, David Teo yang dikatakan menghina seniman agung Tan Sri...

Demi Marketing, Sampai Sanggup...

MARTABAT wanita sepatutnya diangkat serta dijaga tidak kira oleh orang lelaki atau wanita...

’99km Healthy Ride’ Promosikan LATAR Kepada Pengguna

KUALA SELANGOR – Penganjuran ‘LATAR 99km Healthy Ride’ merupakan antara pendekatan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) untuk mempromosikan laluan berkenaan kepada orang ramai.

Pengerusi LATAR, Datuk Razali Othman berkata selain digunakan pengguna jalan raya sekitar Kuala Selangor, ia juga bersesuaian untuk penganjuran pelbagai aktiviti termasuk acara berbasikal yang julung kali diadakan hari ini.

“Kita melakukan pelbagai langkah progresif antaranya turapan sepenuhnya jalan setiap tujuh tahun sekali selain penambahbaikan servis dan ciri keselamatan mengikut keperluan dari masa ke masa.

“LATAR memenuhi standard piawaian pembinaan lebuh raya di negara ini. Kita juga membina pembahagi jalan di sepanjang laluan bagi meningkatkan keselesaan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas sesi pelepasan acara itu di sini hari ini.

'99km Healthy Ride' Promosikan LATAR Kepada Pengguna

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof yang menyempurnakan upacara ‘flag off’ bagi kategori 99km turut menyertai kayuhan kategori ‘Fun Ride’ sejauh 20km.


Turut hadir, anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim; Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh dan Pengerusi Bina Puri Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Wong Foon Meng.

LATAR, yang dikendalikan KL-Kuala Selangor Expressway Bhd. (KLSEB), adalah lebuh raya sepanjang 33km yang menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Kundang, Rawang dan Selayang. Ia mula beroperasi sejak 2008.

Sementara itu Irmohizam berkata acara berbasikal itu adalah antara usaha mempromosikan Kuala Selangor dalam kalendar ekopelancongan selain sesuai untuk penganjuran kejohanan bertaraf kebangsaan.

‘LATAR 99km Healthy Ride’ yang disertai 2,274 peserta melibatkan perlumbaan bagi kategori Men Junior (15-19 tahun), Men Open (20-34 tahun), Men Junior Master (35-45 tahun), Men Senior Master (46-55,tahun), Men Otai (56 tahun ke atas) dan Women Open (15 tahun ke atas). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori