Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Penggal Kepala, Kerat...

MENGERIKAN. Kematian seorang bekas anggota polis di tangan kekasihnya yang berusia 21 tahun...

MARDI Bakal Mulakan Projek...

KEPALA BATAS - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal memulakan projek...

Lantikan S Gobi Krishnan...

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan...

Kumpulan Samun ‘Nuar Ayam’...

RANTAU PANJANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun 'Nuar Ayam' yang bergiat aktif...

Ahmad Yakob Cadang Tokoh Lain Jadi Mursyidul Am PAS

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang lebih selesa dengan jawatan tersebut mencadangkan supaya tokoh lain dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan itu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Haron Din.

Beliau yang juga Menteri Besar (MB) Kelantan memberi alasan untuk menolaknya kerana sibuk dengan pelbagai komitmen lain.

“Saya dengan secara jelas, pohon supaya sahabat-sahabat lain mengambil (tugas) sebagai Mursyidul Am. Saya kalau boleh (mahu) kekal sebagai timbalan (Mursyidul Am PAS). Ada yang layak dalam PAS, tapi saya tak boleh nak cadangkan secara terbuka.

“Bagaimanapun bagi saya, saya rasa lebih baik saya kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am. Saya banyak tugas, MB lagi, Pesuruhjaya (PAS Kelantan) lagi, kita agih-agihlah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.


Ustaz Haron Din meninggal dunia pada 16 September lepas semasa mendapat rawatan di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Ditanya sekiranya Majlis Syura Ulama PAS mahu beliau menyandang jawatan tersebut, Ahmad berkata: “Itu (Majlis Syura Ulama) tidak mesyuarat lagi, (jadi) tak boleh andai. (Saya beri) signal (isyarat) lah (kekal) sebagai timbalan. Itulah sebaik-baiknya.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori