Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

22 Kematian Akibat Denggi...

IPOH - Sebanyak 22 kematian akibat denggi dicatatkan di Perak bagi tempoh Januari...

Polis Berhak Semak Telefon...

KUALA LUMPUR - Polis mempunyai hak untuk menyemak telefon bimbit orang awam untuk...

‘Saya Tak Tahu Saya...

PELAKON dan pengacara Hefny Sahad mengakui reda dan akan bersikap profesional apabila dikatakan...

Dipeluk Jasad Ayah, 2...

TRAGIS apabila seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya...

AirAsia Ke Istanbul Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. akan mengadakan penerbangan ke Istanbul, Turki, dari Kuala Lumpur, tahun hadapan melalui anak syarikat perjalanan jarak jauh, AirAsia X Bhd.

“Kami akan ke Istanbul pada 2017. Itu adalah satu daripada tarikan utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes dalam catatan terbaru Facebook beliau hari ini. Hari ini syarikat penerbangan tersebut mengumumkan pesawat A320Neo pertamanya yang ditempah di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough baru-baru ini.

Pada Julai, AirAsia menandatangani pesanan muktamad dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikan jumlah pesanan untuk kumpulan pesawat A320 kepada 575 pesawat.

Fernandes berkata AirAsia X juga akan mengadakan semula penerbangannya ke London pada 2018.


“Kami tidak akan ke Lapangan Terbang Heathrow. Kami akan ke Gatwick pada penghujung 2018,” kata Fernandes.

Syarikat penerbangan itu memberhentikan semua penerbangan ke Eropah, termasuk London dan Paris, pada Mac 2012, susulan kos operasi yang tinggi. Laluan Kuala Lumpur dan London telah dilancarkan oleh AirAsia X pada Mac 2009. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori