KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyindir PAS kerana akhbar rasmi parti itu, Harakah dijual pada Program Sambutan Setahun PAN di Muar, Johor baru-baru ini.
Timbalan Setiausaha Agung PAN, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, situasi itu menunjukkan PAN tidak mengamalkan budaya ‘blocking’, takfiri dan ekstrim.
“Semasa Program Sambutan Setahun AMANAH di Muar/Bakri, para peniaga dibenarkan dan tidak dihalang langsung untuk menjual dan meniaga ‘barang’ milik parti lain.
“Contohnya akhbar Harakah elok sahaja dijual di beberapa gerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Abang Ahmad Kerdee meminta parti lain supaya tidak bimbang kerana PAN tidak mengajar ahlinya memijak t-shirt dan gambar pemimpin lain.
“Insha’Allah, saya akan cuba bersama dengan sahabat-sahabat yang lain menerapkan budaya sihat ini,” katanya. -Â MYNEWSHUB.CC