Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suspek Tipu RM224,500 Dicari...

SERI ISKANDAR - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita bagi...

Mayat Kelapan Tragedi Kepala...

CHUKAI : Mayat kelapan mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di...

Budak 7 Tahun Ketagih...

BARU berusia tujuh tahun, siapa sangka seorang kanak-kanak Dhyan Awal, yang berasal dari Jawa...

Program Muzium Bersama Masyarakat...

SEREMBAN - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Felda Pasoh...

Akibat Balik Lambat, Isteri Gigit Jari Suami Hingga Putus

GARA-GARA suami balik lambat, seorang wanita tidak dapat kawal amarahnya apabila bertindak gigit jari kelengking mangsa hingga putus, di kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa berusia 26 tahun itu putus jari kelengkeng kiri sepanjang kira-kira satu sentimeter.

Lebih ngeri, wanita berusia 21 tahun itu juga dipercayai menelan jari tersebut.

Menurut seorang sumber kepada Harian Metro, isteri itu bertindak ganas kerana suaminya pulang lewat.

“Ketika kejadian, mangsa baru pulang ke rumah dari membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu mengamuk kerana mangsa pulang lewat dan bertindak ganas dengan menggigit jari suaminya.

“Tanpa belas ihsan wanita itu membiarkan suaminya menanggung kesakitan sehingga pagi,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan teruk dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, pagi semalam.


Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Terdahulu, mangsa pernah membuat laporan di Balai Polis Lutong kerana dibelasah isterinya.

Mangsa berkahwin dengan wanita itu pada tahun lalu dan dikurniakan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • Jari

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori