AKTOR Bollywood, Akshay Kumar melalui laman mikro Twitter berkongsi sebuah video seorang wanita hampir maut digilis oleh sebuah kereta api di India.
Namun tujuan pelakon itu memuat naik video berkenaan adalah kerana ingin memuji ketangkasan seorang anggota polis, Pawan Tayde atas ketangkasannya bertindak menyelamatkan mangsa.
Kapsyen itu berbunyi:ĆĀ “Had my heart in my mouth literally! Salute to constable Pawan Tayde of Lonavala police station for his presence of mind and swift action,” tulisnya.
Tindakan pantas Tayde menyelamatkan mangsa dari digilis memang wajar dipuji.
Difahamkan kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen kereta api Lonawala, Mumbai. Mangsa dan suaminya dikatakan cuba melompat keluar dari kereta api yang sedang bergerak.
Malangnya mangsa terjatuh di ruang landasan kereta api berkenaan.ĆĀ Namun pasangannya lebih bernasib baik kerana terjatuh di atas platform.
Bagaimanapun, pasangan itu bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Tweet yang dimuat naik itu telah diretweet sebanyak hampir 8 ribu kali dan menerima tandaĆĀ Likes lebih 22 ribu oleh pengguna Internet. – MYNEWSHUB.CC