PENYANYI yang terkenal dengan aksi lincah di pentas, Selena Gomez mengumumkan akan berehat buat sementara waktu akibat masalah kesihatan.
Menurut portal CNN, Gomez membuat pengumumam itu berikutan serangan panik yang kemurungan yang dialaminya.
Menerusi satu kenyataan, penyanyi berusia 24 tahun itu memdedahkan bahawa masalah kesihatan mental itu adalah kesan sampingan penyakit Lupus yang dihidapinya.
“Seperti yang anda tahu, saya mendedahkan bahawa saya menghidapi Lupus, suatu penyakit yang boleh memberi kesan kepada pesakit dengan cara yang berbeza.
“Saya telah mendapati bahawa serangan panik dan kemurungan adalah antara kesan sampingan Lupus, yang boleh mencabar diri pesakit,” katanya.
Keputusan itu dibuat oleh Gomez kerana dia memerlukan masa untuk manjaga tubuh dan kesihatannya.
“Saya mahu menjadi proaktif dan beri tumpuan untuk mengekalkan kesihatan dan kebahagiaan saya. Oleh itu, saya memutuskan untuk berehat sementara,†jelasnya.
Bagaimanapun, penyanyi remaja ini tidak memberitahu tempah masa yang akan diambil untuk berehat daripada industri hiburan.
Pun begitu, penyanyi ini masih lagi sibuk melakukan konsert jelajahnya, Revival di beberapa buah negara. – MYNEWSHUB.CC