Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Digelar Simbol Seks Kerana...

PENAMPILANNYA yang dikatakan agak seksi ditambah pula dengan sifat kemanjaan semula jadi membuatkan...

Mahasiswa Mesti Bijak Dapatkan...

KAHERAH (Mesir) - Penuntut Malaysia di luar negara perlu bijak dalam mendapatkan maklumat...

Badan Memang Kurus, Namun...

MESKIPUN rakyat China terkenal saiz badan kecil, hanya beza beberapa sentimeter sahaja daripada...

UMNO Sebuah Parti Istimewa,...

TENOM - UMNO merupakan sebuah parti istimewa kerana ia membela semua golongan tanpa...

Amah Lari, Bayi Ditinggalkan Dalam Rumah Berkunci

SEORANG pembantu rumah tergamak meninggalkan bayi lelaki berusia sembilan bulan bersendirian selepas melarikan diri dari rumah majikannya, pada Selasa.

Insiden yang berlaku di Taman Putra Bukit Baru, Melaka, itu bagaimanapun hanya disedari ibu bayi berkenaan selepas pulang ke rumah melakukan pemeriksaan pukul 1.30 tengah hari.

Menurut satu sumber, wanita berusia 30-an itu mula merasa tidak sedap hati setibanya di hadapan rumah apabila mendapati pintu pagar utama terbuka.

Dia mula berasa cemas apabila gagal membuka pintu rumah yang berkunci dan jeritannya memanggil nama pembantu rumah tidak disahut.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, wanita itu segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Dzulkarnain Abd. Halim berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke rumah mangsa selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.38 tengah hari.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba yang ditugaskan dapat mendengar tangisan bayi berkenaan yang dikunci dalam rumah.


“Kami meminta keizinan daripada pemilik rumah sebelum mengumpil pintu di bahagian dapur menggunakan peralatan khas. Selepas 10 minit, kami membuka pintu berkenaan dan mengesan lokasi bayi terbabit.

“Anggota kami berasa amat lega apabila menemui bayi lelaki berkenaan yang sedang merangkak ke arah dapur,” katanya.

Bayi itu bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori