PEMAIN bola sepak berpengalaman, Mohd Amri Yahyah hari ini dilantik sebagai kapten Harimau Malaysia dan perkara itu diumumkan sendiri oleh jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
Perlantikan Amri adalah bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Safiq Rahim selepas pemain itu mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa Julai lalu.
“Kami bersetuju untuk melantik Amri sebagai kapten kerana dia pemain senior yang konsisten bersama skuad kebangsaan.
“Dia seorang pemain yang memiliki ciri kepimpinan dan boleh membimbing ramai pemain muda dalam skuad kali ini,” kata Kim Swee memetik Harian Metro.
Pemain tengah, Baddrol Bakhtiar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pula dilantik menjadi penolong kapten pasukan. – MYNEWSHUB.CC