Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Putus Kerjasama Dengan DAP...

KUALA LUMPUR - Keputusan PAS memutuskan kerjasama DAP adalah berdasarkan hukum syarak, kata...

Jangan Bekam Bayi, Susu...

PETALING JAYA - Video menunjukkan seorang bayi dibekam sebagai rawatan sampingan membuang angin...

Najib Fail Petisyen Kepada...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan petisyen kepada Kumpulan...

Tembikai Dari Ubai Tembusi...

KUANTAN - Jika sebelum ini durian Musang King, nangka madu dan manggis dari...

Anak Bangsawan Pengedar Pada Selebriti Ditembak Mati

Anak perempuan kepada bangsawan Britain, yang didakwa membekalkan dadah kepada selebriti di Filipina, telah ditembak mati.

Mayat Aurora Moynihan, 45, yang merupakan anak kepada kasanova Antony Moynihan telah ditemui terbaring di tepi jalan di Manila, pada awal pagi semalam. Turut ditemui pada mayatnya ialah syabu.

CCTV yang didedahkan oleh polis menunjukkan Aurora telah ditembak selepas dia keluar dari kereta Toyota SUV. Saksi memberitahu mereka mendengar lima das tembakan dilepaskan sebelum sebuah kereta memecut laju.

anak

Pada mayatnya terdapat sebuah kad bertulis ‘pengedar dadah kepada selebriti, anda seterusnya’.

Aurora yang mendapat pendidikan di sekolah swasta di Great Malvern, Worcestershire, adalah anak perempuan kepada penipu dan kasanova terkenal, Antony yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada usia 55 tahun.

Pada 1970-an, bapanya telah melarikan diri ke Filipina dalam usaha melepaskan diri daripada tuduhan menipu. Di negara itu, Anthony bertemu dengan ibu Aurora, Luthgarda Fernandez.


Pasangan itu yang mempunyai tiga anak, telah bercerai pada 1979 dan Aurora memutuskan untuk menetap bersama bapanya.

Setakat ini pembunuh Aurora masih belum ditangkap. Polis turut mengesahkan Aurora berada dalam senarai pengedar dadah dan dipantau oleh pihak berkuasa.

Dia juga didakwa sebagai sebahagian daripada sindiket pengedaran dadah.

Sementara itu, adiknya yang juga artis terkenal di Filipina, Maritoni menyifatkan pembunuhan Aurora sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan di luar batas kemanusiaan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori