Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doa Tunku Mahkota Johor...

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 1 Syawal lalu menitipkan doa...

Maya Karin ‘Damba’ Lelaki...

PELAKON kacukan popular, Maya Karin mengakui baharu lepas putus cinta namun enggan mendedahkan...

Shahir Tarik Diri, Ewal...

AKIBAT kontroversi yang tiba-tiba melanda dirinya, Shahir kini ambil keputusan untuk menarik diri...

Penyertaan Husam Dalam PAN...

KOTA BHARU - Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Parti...

Anak Jurugambar NSTP P.Pinang Maut Kemalangan

GEORGE TOWN – Anak kepada jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) Pulau Pinang, Mohamad Ramdzan Masiam, meninggal dunia pagi ini selepas terlibat dalam satu kemalangan di Persimpangan Lampu Isyarat Datuk Keramat di sini.

Muhammad Raphaqi Mohamad Ramdzan, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan kereta dalam kejadian kira-kira pukul 12.16 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa yang menunggang sendirian dari Jalan Datuk Keramat menghala George Town telah melanggar bahagian hadapan sebuah kereta yang membelok ke kanan menghala Jalan Siam.

“Ekoran pelanggaran itu, motosikal mangsa terbabas sebelum melanggar dua buah kereta yang berada di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Siam menghala Jalan Patani berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya mangsa dihantar ke HPP untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.25 pagi.

Sementara itu, Mohamad Ramdzan berkata anak keduanya itu keluar tengah malam tadi kerana mahu membeli minuman sebagai bekalan sebelum pergi memancing bersama beberapa rakannya.


“Dia ke Georgetown sendirian untuk membeli minuman tetapi tidak pulang selepas beberapa jam keluar rumah dan saya hanya tahu selepas anak sulung mengejutkan sebelum memberitahu adiknya kemalangan,” katanya.

Katanya mereka sekeluarga terus bergegas ke HPP dan anaknya itu kemudiannya meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di badan serta kepala.

Jenazah Muhammad Raphaqi dimandikan di Hospital Pulau Pinang (HPP), sebelum dibawa ke Kampung Lembah Palas di Changloon, Kedah untuk dikebumikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori