Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan Dulu Hanya Tukar...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan macam mana Menteri Pendidikan, Dr....

Maznah Mengadu Keletihan Sejak...

KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid sering mengadu keletihan...

PRK DUN Semenyih: UMNO...

ENAM nama calon akan diserah Badan Perhubungan UMNO Selangor kepada UMNO pusat sempena...

K-KOMM Gesa Penggunaan Mata...

Kuala Lumpur : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menggesa pihak pengawalseliaan supaya membenarkan...

Anggota MIC Harus Bersatu Hadapi PRU Ke-14

BUTTERWORTH – MIC bersedia untuk menerima kembali semua anggotanya dari kumpulan yang berlainan bagi memantapkan parti menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presiden parti Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata oleh kerana parti sekarang memberi fokus kepada pilihan raya umum akan datang, semua anggota MIC perlu bersatu sepenuhnya.

Beliau berkata MIC telah menjalankan proses mengalu-alukan anggota parti yang sebelumnya dari kumpulan yang berlainan.

“Malah ada antara mereka telahpun kembali dan di Pulau Pinang kira-kira 20 cawangan MIC bersedia untuk kembali dan kami mengalu-alukan mereka untuk mengukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tahunan MIC Pulau Pinang sempena ulang tahun ke-70 parti, di sini hari ini.

Dr. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, mengulas khabar angin bahawa anggota MIC dari kem yang berlainan berhasrat untuk kembali ke pangkuan parti seperti dilaporkan media sejak akhir-akhir ini.

MIC berpecah kepada dua kumpulan berikutan perbezaan pendapat antara Dr. Subramaniam dan bekas presiden parti Datuk Seri G. Palanivel selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis pada 5 Dis 2014 meminta parti mengadakan semula pemilihan.

Krisis itu menyebabkan Palanivel secara automatik hilang keanggotaan MIC (Ipso Facto) dan beberapa penyokongnya masih tidak mahu menyertai parti itu di bawah pimpinan Dr. Subramaniam sehingga sekarang.


Bagaimanapun, Dr. Subramaniam berkata MIC Pulau Pinang memberi tumpuan untuk merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Perai dan Bagan Dalam.

“Jentera pilihan raya kami sedang bersiap untuk merampas kembali kerusi-kerusi tersebut dan kami akan memastikan bahawa dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, Perai dan Bagan Dalam menjadi milik MIC,” katanya.

Beliau berkata parti itu juga sedang mengkaji kemungkinan untuk bertukar kerusi dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.

“Perbincangan di peringkat awal telah diadakan dengan parti komponen BN yang lain untuk bertukar kerusi untuk memastikan BN memenangi PRU ke-14 tetapi belum ada apa-apa yang disahkan setakat ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori