Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Unik, Hijab Muslimah Yang...

BERBANDING 10 tahun dahulu, pemakaian hijab pada masa kini dilihat lebih menarik dan...

4 GAMBAR: Tragis! Wanita...

RABU lalu berlaku satu peristiwa gempar di sebuah stesen minyak di Taman Pagoh...

Cuaca Berjerebu Tidak Akan...

PETALING JAYA - Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.Pegawai...

50 Pemuda Pas Keluar...

KIRA-kira 50 perwakilan Pemuda PAS bertindak keluar dewan ketika Timbalan Presiden, Mohamad Sabu...

Anggota MIC Perlu Rapatkan Barisan Hadapi PRU-14

MELAKA – Seluruh anggota MIC perlu merapatkan barisan dan melupakan perpecahan yang terjadi bagi memastikan parti itu mampu menjadi tiang kukuh dalam membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi MIC Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata parti itu sudah tidak mempunyai masa untuk berpecah kepada kem-kem berlainan kerana masih banyak yang perlu dibuat untuk rakyat terutama masyarakat India di negara ini.

“Kita sudah tidak ada kem lagi (kumpulan berlainan) malah mengalu-alukan mereka (anggota MIC) untuk (bersatu) mengukuhkan dan memantapkan lagi parti menjelang PRU14.

“Biasalah dalam satu keluarga pun kita ada masalah namun kini kita sedang memperbaiki semuanya (hubungan dalam kalangan anggota parti),” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pertandingan melukis bersempena Hari Malaysia anjuran MIC Kota Melaka di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh di sini yang disertai kira-kira 500 kanak-kanak.

Mahadevan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam bahawa MIC bersedia untuk menerima kembali semua anggotanya daripada kumpulan yang berlainan bagi memantapkan parti menjelang PRU14.


Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi MIC Melaka Datuk G. Kannan yang turut hadir pada majlis itu berkata banyak aktiviti dilaksanakan jentera MIC Melaka demi memberi tumpuan kepada PRU yang bakal menjelang.

Beliau berkata semua ketua cawangan MIC di Melaka juga menyatakan sokongan kepada kepimpinan Dr Subramaniam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori