Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Orang Mati Lemas...

Sejak 18 Disember lepas sehingga semalam, dilaporkan hanya seramai 10 orang meninggal dunia...

Ramai Muslim Jadi Calon...

WASHINGTON DC - Jumlah rekod calon Muslim Amerika akan bertanding dalam Pilihan raya...

6 Kanak-Kanak Maut Tertimbus...

KATHMANDU - Enam kanak-kanak maut apabila mereka tertimbus di bawah runtuhan timbunan tanah...

Slot Khas Di Web...

SETELAH sekian lama dilihat sebagai tabu untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat secara terbuka, satu...

Angin Kencang Resahkan Penduduk P.Pinang

GEORGE TOWN – Penduduk Pulau Pinang terutama yang tinggal di bangunan tinggi bimbang berikutan angin kencang disusuli hujan lebat, awal pagi ini.

Hujan lebat dan angin kencang itu bermula kira-kira pukul 7.30 pagi dan penduduk mendakwa mereka dapat merasakan rumah mereka bergoyang.

Sumaiyah Abdull Shukor, 32, yang tinggal di tingkat 39 sebuah apartmen di Bandar Baru Air Itam, di sini berkata ia adalah keadaan angin paling buruk pernah dialaminya sejak tinggal di situ.

“Kebiasaannya walaupun angin kencang, ia tidak menyebabkan bangunan ini bergoyang. Tapi kali ini, saya dapat rasakannya dan deruan angin juga amat menakutkan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Lim Chee Lian, 44, berkata air hujan juga memasuki rumahnya menerusi tingkap dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.


“Saya takut jika berlaku sesuatu tetapi saya lega keadaan itu tidak berpanjangan,” katanya.

Hujan dan angin kencang itu berhenti kira-kira pukul 8.40 pagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori