Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mohon Maaf Kepada...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada...

Takrifan Umur 31 Kepada...

KUALA LUMPUR - Cadangan takrifan usia warganegara berumur 31 kepada warga emas seperti...

Dasar Perumahan Negara Dikaji...

SHAH ALAM - Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman...

Kesilapan Kerjaya Ramai Selalu...

Nak dapatkan kerjaya yang kamu ingini? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang...

Anita Yusof Berjaya Selesaikan Misi Rentasi 40 Negara

BUKIT KAYU HITAM – Anita Yusof yang menunggang motosikal secara solo merentasi 40 negara di empat benua dengan jarak 65,000 kilometer berjaya menamatkan kembaranya pada Hari Malaysia yang disambut hari ini.

Pensyarah di Institut Pengajian Guru di Ipoh, Perak itu tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, disambut 30 penunggang motosikal kuasa besar dan dua anak lelakinya, Rudy Iskandar Ramli 27, dan Emiershah Iskandar Ramli, 22.

Anita, 49, berkata beliau bersyukur telah menjayakan misi itu dan berpuas hati kerana berjaya mengubah persepsi masyarakat bukan Islam mengenai Islam yang kononnya mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.

“Ini adalah satu kepuasan bagi saya. Ada yang meminta maaf kepada saya kerana sebelum ini mereka bersangka buruk terhadap Islam malah seorang wanita mahu membeli buku mengenai Islam untuk dibaca,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui di Balai Polis Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini. Beliau memulakan kembara ‘Global Dream Ride’ itu pada 13 September 2015.

Anita Yusof Berjaya Selesaikan Misi Rentasi 40 Negara

Anita turut mahu berkongsi pengalaman beliau sepanjang mengembara bersama-sama pelajar sekolah selain akan menerbitkan buku yang akan menceritakan suka dukanya sepanjang misi itu.


Beliau berkata beliau pernah menunggang motosikal sehingga 800km dalam masa sehari namun ia bergantung kepada faktor cuaca, keadaan jalan raya serta beberapa faktor lain.

“Paling pendek jarak tunggangan saya ialah 50 kilometer dan sepanjang perjalanan motosikal saya jenis Yamaha FZ150 tidak mengalami kerosakan teruk yang menggangu pengembaraan ini,” katanya.

Pencapaiannya itu juga berkemungkinan menjadikan beliau sebagai warga Malaysia dan wanita Asia pertama berjaya mengelilingi dunia dengan menaiki motosikal secara solo. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori