Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

MBPP Tubuh J/K Khas...

GEORGE TOWN - Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk...

Sultan Selangor Dukacita Media...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila...

Penasihat Khas TPM Dahului...

KUANTAN - Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wan Ahmad Wan Omar...

5 Lelaki Ditembak Mati...

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati lima lelaki yang menyamun kedai emas di...

Anuar Zain Impi Konsert Skala Besar Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkemuka negara, Anuar Zain, mengimpikan satu lagi konsert berskala besar yang dirancangnya pada tahun depan, susulan kejayaan Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari pada 2013.

Penyanyi itu, yang baru sahaja melancarkan album kelimanya berjudul ‘Anuar Zain’, berkata konsert mega yang pernah diadakannya di Stadium Melawati, Shah Alam memberi inspirasi kepadanya untuk menjayakan satu lagi konsert yang gah dan hebat khusus bagi menghargai sokongan para peminatnya.

“Saya berasa cukup seronok dan teruja dapat hiburkan peminat pada konsert lalu kerana tidak pernah terfikir mampu melakukannya.

“Saya harap tahun hadapan, ada syarikat dan penaja tampil bekerjasama dengan saya untuk menjayakan sebuah konsert besar bagi menghiburkan peminat yang pastinya dahagakan persembahan saya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mengenai album terbaharunya, penyanyi berusia 46 tahun itu berkata album berkenaan yang menelan kos ratusan ribu ringgit merupakan yang termahal pernah dihasilkannya setelah kali terakhir mengeluarkan album lima tahun lepas.

“Saya dan pasukan berdepan cabaran utama menghasilkan album ini yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk disiapkan terutamanya di peringkat praproduksi merangkumi proses pemilihan lagu dan susunan muzik yang sesuai.

“Selain itu, saya amat menitikberatkan aspek kualiti dan ini termasuk menjalani proses adunan di Sydney dan proses rakaman di Jakarta selain menggunakan khidmat orkestra antarabangsa iaitu Budapest Scoring Orchestra dan City Of Prague Philharmonic Orchestra bagi tiga lagu di dalam album ini demi kepuasan peminat,” katanya.

Anuar berkata album itu, yang ditaja beberapa syarikat korporat termasuk Mydin, mendapat sentuhan lima komposer Malaysia dan tiga komposer Indonesia.

Album itu, yang memuatkan lapan lagu berentak balada, akan mula menemui peminat pada 1 Oktober dan boleh didapati di 45 cawangan pasar raya Mydin serta secara online di www.Lazada.com.my.


Ditanya mengapa beliau hanya memasarkan albumnya di Mydin, beliau menyifatkan ia strategi unik bagi menjual karya terbaharunya kerana pasaran Mydin lebih meluas di negara ini.

“Banyak toko muzik ditutup sejak akhir-akhir ini berikutan kemerosotan penjualan album namun, saya bersyukur kerana Mydin memilih album saya sebagai album pertama dijual di pasar raya itu selain memudahkan para peminat membelinya,” katanya.

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut menerima khabar gembira daripada Lazada yang memaklumkan sebanyak 500 unit album baharunya berjaya ditempah dalam peringkat prajualan sebelum album itu menjengah pasaran tidak lama lagi.

Mempertaruhkan single pertama bertajuk ‘Andainya Takdir’ yang sudah mula dimainkan di corong-corong radio, Anuar berkata klip video lagu itu, yang dicipta komposer berpengalaman Helen Yap dan liriknya dinukil Habsah Hassan, turut menjadi ‘trending’ di media sosial usai dilancarkan di laman YouTube Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, dalam masa tiga hari, video klip arahan Amor Rizan yang menampilkan pelakon Sharifah Sakinah dan pelakon cilik Puteri Balqis sudah mencapai tontonan lebih 250,000,” katanya yang akan memulakan rangka promosi di beberapa pasar raya Mydin bermula 9 Oktober ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori