SETELAH hampir lima tahun tidak muncul dengan album baharu, hari ini penyanyi popular Anuar Zain telah melancarkan album berjudul Andainya Takdir.
Majlis pelancaran berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
“Alhamdulillah, lima tahun tempoh album ini disiapkan. Ada gembira, sedih dan kenangan ekstrem ketika proses itu.
“Saya juga menulis lirik untuk Selamat Malam. Ia bukan percubaan pertama saya. Sudah beberapa kali saya menulis lirik sebelum ini,” katanya dipetik BH Online.
Selain pelancaran album, Anuar turut melancarkan muzik video single Andainya Takdir dalam majlis tersebut.
Muzik video Andainya Takdir dilakonkan pelakon popular Sharifah Sakinah dan adik Puteri Balqis.
Album terbaharu penyanyi bersuara merdu ini akan dipasarkan awal bulan hadapan di gedung muzik selain ia boleh didapati menerusi atas talian di laman web, www.lazada.com. – MYNEWSHUB.CC
Kredit foto: Ă‚Â Instagram Budiey