Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Mekanisme Terbaik...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih mengkaji...

Malaysia Yakin Dapat Kenal...

PUTRAJAYA – Malaysia yakin bahawa pelaku yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines...

Usaha Perangi Denggi Di...

SANDAKAN - Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mempergiatkan usaha memerangi wabak demam denggi di...

Profesor Ulung Diberi Geran...

BANGI - Profesor Ulung akan diberi dana berbentuk geran penyelidikan bernilai RM300,000 bagi...

Aset, Anggota TUDM Sedia Digerakkan Jika Banjir Hujung Tahun

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap siaga untuk menggerakkan aset dan anggotanya untuk bantuan banjir sekiranya bencana itu melanda hujung tahun ini.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad berkata jumlah aset dan anggota bagi operasi membantu mangsa banjir bergantung kepada situasi bencana.

“Bagaimanapun, aset mungkin tidak akan bertambah…sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Namun, setiap tahun kita memang ada perancangan dan persediaan tertentu untuk menghadapi bencana banjir dengan fokus utama diberikan di kawasan teruk dilanda banjir,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena persaraan Asistan Ketua Staf Tadbir TUDM Mejar Jeneral Datuk Ahmad Tarmizi Elias di Institut Latihan Tentera Udara di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslan berkata penglibatan kaum Cina dan India dalam TUDM masih kurang dengan hanya 10 peratus sahaja yang mewakili kaum itu daripada keseluruhan anggota pasukan itu setakat ini.


“Saya amat berharap kaum Cina dan India serta kaum lain di negara ini menyertai TUDM supaya tanggungjawab dan amanah menjaga keselamatan negara dapat dipikul bersama.

“TUDM sendiri mempunyai pelbagai bidang dan teknologi yang menarik untuk diceburi termasuk teknologi radar, membaik pulih enjin serta pelbagai teknologi komputer yang unik untuk diterokai,” katanya.

Beliau berkata TUDM menyasarkan pengambilan lebih 20 peratus kaum Cina dan India dalam masa terdekat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori