Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia...

Polis Tahan Lelaki Bunuh...

JAKARTA - Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai membunuh anak...

Hampir 5 Juta Penduduk...

NEW YORK - Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, faktor kemarau berpanjangan, hasil...

Starbucks Latih Pekerja Elak...

SEATTLE - Starbucks dilaporkan akan menutup lebih 8,000 cawangannya di Amerika Syarikat (AS)...

Awak-Awak Bot Dikhuatiri Lemas Di Perairan Tioman

KUANTAN – Seorang awak-awak bot dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot di perairan Pulau Tioman dekat Rompin Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa Muhamad Saifudin Mamat, 32, yang beralamat di Endau, Johor disyaki terjatuh ke dalam laut ketika nelayan Hairil Azwan Rahmat, 37, sedang membaiki pukat.

“Nelayan ini cuba menolong mangsa tetapi tidak berjaya kerana keadaan gelombang yang kuat dan persekitaran yang gelap.

“Bagaimanapun nelayan ini tetap meneruskan pencarian sehingga pukul 10 pagi pada hari berikutnya tetapi gagal menjumpai mangsa,” katanya kepada Bernama hari ini.


Muhammad Aidil berkata berikutan itu, nelayan berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Muhamad Saifudin semalam.

Beliau berkata pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih menjalankan usaha mencari dan menyelamat mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori