Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tikam Alat Sulit Selepas...

SEORANG isteri di Sibu menikam alat sulit teman wanita suaminya menggunakan pisau sepanjang...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada...

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat...

Politweet: Pembangkang Lebih Popular...

PENGGUNA media sosial lebih tertarik dengan berita pembangkang berbanding berita kerajaan, sebahagiannya disebabkan...

2 Hari Bersihkan Sisa...

SHAH ALAM - Proses pembersihan Sungai Klang yang tercemar dengan sisa disyaki bahan...

Banjir Kilat Terburuk Landa Kampung Sethu, Nibong Tebal

NIBONG TEBAL – Berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi, Kampung Sethu, Jawi di sini mengalami banjir kilat terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 5 pagi menyebabkan air mula naik ke rumah penduduk dalam tempoh dua jam.

Seorang penduduk Mohd Yusoff Abdul Rahim, 56, berkata kampugnya akan dinaiki air jika hujan lebat selama beberapa jam.

“Air naik begitu pantas, saya sudah tidak peduli barang berharga yang lain, yang saya tahu hanya nak menyelamatkan diri dan keluarga saya sahaja. Kalau hujan lebat selama berjam-jam, memang tak sempat nak buat apa.

“Tapi kali ini, banjir kilat lebih buruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Bila lihat air mula naik, saya terus pergi ke rumah anak yang terletak di kawasan yang agak tinggi,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Rohani Ahmad, 48, berkata pada bulan ini sahaja dua kali rumahnya dinaiki air akibat banjir kilat dan berharap pihak berkuasa dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah berkenaan.

Che Nur Md Noh, 71, pula berkata rumahnya dan penduduk lain dinaiki air sedalam kira-kira satu meter selepas hujan lebat.


“Saya sudah letih sebab asyik cuci rumah sebab banjir kilat dan kejadian pagi ini adalah yang paling buruk sejak 50 tahun saya tinggal di sini,” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang, Said Sidup berkata setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka kerana banjir mula surut beberapa jam selepas rumah penduduk dinaiki air.

Beliau berkata selain Kampung Sethu, dua buah kilang di Lorong Perusahaan 1, Seberang Perai Utara turut dinaiki air kira-kira 30 sentimeter, manakala 50 buah rumah di Lorong Bunga Raya 2, Jalan Raja Uda dinaiki air hingga 40 sentimeter.

Antara kawasan yang turut dinaiki air di daerah Seberang Perai Tengah ialah Kampung Permatang Rawa, Lorong Senangin 2 dan Taman Impian Ria, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori