Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nabila Razali Tutup Komen...

PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini. Menurutnya, komen pada...

Lelaki Warga Israel Disambung...

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama...

Pandang Positif Penambahan 1...

TAWAU - Cadangan penambahan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu bagi Parlimen...

Pening… Cikgu Tiba-Tiba Amuk...

TULAR menerusi media sosial apabila seorang guru berbangsa Cina telah mengamuk secara tiba-tiba...

Banyak Kicauan Burung Boleh Tambah Hasil Padi

JAKARTA – Sekumpulan penuntut Indonesia berjaya memajukan peranti yang dapat meningkatkan lagi produktiviti tanaman padi melalui teknik sonic bloom atau frekuensi kicauan burung.

Akhbar berpengaruh Kompas pada Khamis melaporkan, penemuan yang cukup memeranjatkan itu hasil usaha penyelidikan pelajar jurusan teknik mesin di Universiti Brawijaya, Malang, wilayah Jawa Timur dekat sini.

Salah seorang penuntut terbabit, Siti Amalina Azahra menjelaskan bahawa frekuensi kicauan burung terbukti dapat membuka stomata dan meningkatkan morfologi pada pokok padi sekali gus menambah produktiviti tanaman itu.

“Kami mereka alat dinamakan sebagai tersimeniom berbentuk transmitter yang boleh memancarkan frekuensi setara dengan kicauan burung kutilang, iaitu sekitar 3,000 hingga 5,000 Hertz,” kata beliau kepada akhbar tersebut.

Untuk membuktikan teori itu, mereka melakukan pengujian selama dua kali dan hasilnya, pancaran frekuensi kicauan burung tersebut, menyaksikan memang ada pembesaran pembukaan stomata pada tanaman padi.

“Nyata terbukti ia mampu memperbesarkan pembukaan stomata daripada awalnya hanya 3.5 mikrometer menjadi 5.7 mikrometer,” kata Siti Amalina yang turut disertai rakannya Achmad Syafi’udin dan Dimas Eko Prasetyo.

Banyak Kicauan Burung Boleh Tambah Hasil Padi

Hasil bimbingan pensyarah mereka, Bayu Satriya Wardhana, penuntut itu berkata, dari sisi sisi morfologi, frekuensi kicau burung membuatkan butir padi lebih lebat selain memanjang dan memperlebatkan akar tanaman padi.


“Kami juga mendapati produktiviti tanaman padi yang dekat dengan peranti ini dapat menghasilkan 27 tangkai per tanaman, sedangkan yang berada jauh pula hanya menghasilkan 16 tangkai per tanaman,” kata Siti Amalina lagi.

Peranti tersebut buat masa ini hanya berfungsi secara optimum dalam lingkungan jarak 5 meter hingga 7 meter pesegi. Pasukan itu berhasrat meneliti kesan kicauan burung terhadap tanaman lain antaranya kentang dan tomato.

Sesuai dengan teori pembukaan stomata secara semula jadi, peranti tersebut berfungsi lebih efektif pada waktu pagi hari mulai pukul 8 hingga 10 pagi manakala sebelah petang hari pula antara pukul 3 hingga 5 petang.

Ini kerana tempoh waktu tersebut, suhu udara masih relatif rendah. Siti Amalina menyatakan bahawa kajian itu diinspirasi hasil penyelidikan saintis Australia, Dr. Dan Carlson, yang meneliti pembukaan stomata pada tumbuhan.

Beliau mendakwa produktiviti tanaman dipengaruhi frekuensi kicauan burung. Kajian pasukan itu juga berjaya meraih Juara Umum I pada Minggu Inovasi Mahasiswa Pertanian Indonesia di Institut Pertanian Bogor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori