Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Umat Islam Tunai Solat...

RIYADH - Sejumlah umat Islam mengerjakan solat sunat tarawih di dua buah masjid...

Ramasamy: UMNO Akan Desak...

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy percaya sekiranya Umno menang besar...

Alif Satar Selamat Timang...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar dan isteri, Shadila Halid...

Tindakan Adik Belum Matang...

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Neelofa menjelaskan tindakan adiknya, Ameera yang menggunakan...

Kes Rasuah: Bapa ADUN P.Pinang Direman 7 Hari

GEORGE TOWN – Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah), Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Pesara berusia 68 tahun itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.

Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 sept ini.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


Semalam SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan ‘rasuah untuk rumah’ itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori