Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus bertambah kepada 10,041 orang...

Universiti Larang Guna Peranti...

Peranti pintar dan penuntut kolej kini ibarat isi dengan kuku, boleh dikatakan sekurang-kurangnya telefon...

Video: Anak Zarina ‘Amuk’...

UMUM mengetahui pelakon Zarina Zainuddin mempunyai empat cahaya mata dan dua daripadanya iaitu...

Keputusan Panel Siasatan Dalaman...

KUALA LUMPUR - Prosiding panel siasatan dalaman ke atas Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif...

Bapa Bunuh Anak 21 Bulan Kerana Cemburu

NEW YORK – Seorang bapa mengaku bersalah membunuh anak perempuannya yang berusia 21 bulan dengan pemukul besbal kerana cemburu dengan perhatian yang diberi kepadanya.

Ryan Lawrence, 25, dikatakan cemburu dengan anaknya Maddox, sejak pulih daripada sejenis kanser mata yang jarang berlaku menyebabkan ramai tertarik untuk memberi perhatian kepadanya.

Dalam laporan The Washington Post, Peguam Daerah Onondaga County, Bill Fitzpatrick berkata kenyataan Lawrence mencadangkan ia mungkin kerana rasa cemburu.

“Kenyataan beliau cenderung menunjukkan rasa cemburu terhadap perhatian yang diberi kepada anak itu berbanding dirinya,” katanya.

Metro.co.uk melaporkan Lawrence mengaku memukul bayinya hingga mati sebelum membakar mayat anaknya bersama-sama dengan senjata pembunuhan di sebuah lubang api selama tiga jam.

Lawrence kemudian membuang mayat itu ke dalam anak sungai di Onondaga, Syracuse, New York.


Mayat Maddox ditemui pada 21 Februari oleh penyelam polis selepas 36 jam dilaporkan hilang.

Beliau akan dihukum bulan depan selepas mengaku melakukan pembunuhan dan bakal berdepan hingga 25 tahun penjara, lapor TheSun.co.uk. – Agensi

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori