Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

10 PATI Warga Indonesia...

JOHOR BAHRU - Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan...

Manifesto BN: Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) menjanjikan wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab...

Kehadiran Ke Sekolah Tanpa...

KUALA LUMPUR: Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan...

Teliti Berita Di Media...

DENGKIL - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan umat Islam agar tidak...

Bapa Dakwa Anaknya Dilarikan Dua Lelaki Bermotosikal

Terkini… Pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilarikan dua individu menggunakan sebuah motosikal 7 pagi tadi, ditemui selamat berdekatan sebuah pasar raya di Kajang 2.20 petang ini – Polis

KAJANG – Seorang bapa terkejut apabila menerima panggilan berhubung anaknya dilarikan dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, Azhar Mohd Mukry menerima panggilan daripada isterinya mengenai anak mereka, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, dibawa lari ketika menunggu van untuk ke sekolah.

Difahamkan, kejadian tersebut dilihat pemandu van dan rakan-rakannya, namun tidak sempat menyelamatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu.

Ketika kejadian, mangsa yang sedang menunggu van berdekatan dengan rumahnya ditarik dua lelaki dan duduk di tengah-tengah kenderaan itu sebelum menghala ke arah sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussein Onn.

Bimbang akan keselamatan anaknya, Azhar membuat laporan di Balai Polis Batu 9 Cheras dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi Khamis.


Netizen di media sosial turut membantu dengan berkongsi gambar Nur Darleen sambil berdoa supaya dia ditemui dalam keadaan selamat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori