Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Dengar Suara Generasi...

MUADZAM SHAH - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin mengucapkan terima kasih...

Lelaki India Ini Boleh...

PERKARA biasa jika yang beragama Islam tidak kira bangsa untuk melaungkan azan dan...

Projek PPA1M Muara Tuang...

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini menandatangani perjanjian pembangunan projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia...

Faiz Bakal Calon Kapten...

GEORGE TOWN - Persoalan misteri siapakah bakal dilantik sebagai kapten baharu Pulau Pinang...

Bapa Kena Strok Di Australia, Anak Mohon Bantuan

KEGEMBIRAAN sebuah keluarga yang sedang bercuti di Australia pada 30 Ogos lalu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tiba-tiba salah seorang ahli keluarga diserang strok.

Jaffar Saion mengalami strok mulut, tangan dan kaki sebelah kirinya sudah tidak berfungsi hingga kini terpaksa dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) Hospital Prince of Wales, Sydney setelah tidak sedar diri.

Lebih malang apabila ahli keluarga dikejutkan pula dengan kos rawatan mencecah ratusan ribu ringgit yang tidak mampu ditanggung mereka sendiri.

Susulan itu, anak mangsa Zulfahmi Jaffar memohon bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia menerusi laman Facebooknya.

Bapa Kena Strok Di Australia, Anak Mohon Bantuan

Menerusi posting yang dimuat naik itu, Fahmi memberitahu kos rawatan bapanya kira-kira mencecah RM800,000, termasuk dengan kos membawa balik ayahnya ke Malaysia.


Justeru, Fahmi memohon keprihatinan rakyat Malaysia, badan bukan kerajaan atau kerajaan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung keluarganya atau menguruskan perjalanan pulang bapanya ke Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia yang mahu memberikan bantuan, boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank; 512-026-636-401 atau menghubungi 017-6969956 (Fahmie) 019-3594384 (Fariza) 016-2708182 (Zulfadli) untuk sebarang maklumat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori