Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dr. Mahathir Pengerusi Khazanah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga...

Bekas Pegawai Khas Najib...

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat...

Cara Jalan Pelik ‘Kantoikan’...

HO CHI MINH CITY - Taktik seorang lelaki cuba menyeludup 18 burung pipit...

Terperangkap Bawah Bas Di...

SINGAPURA – Keadaan menjadi panik apabila seorang lelaki berusia 58 tahun yang terperangkap...

Bapa Mengaku Bunuh Anak Sebab Cemburu

SEORANG bapa mengaku bersalah atas dakwaan membunuh anak perempuannya menggunakan pemukul kayu besbol hanya gara-gara cemburu dengan perhatian yang diberikan orang ramai terhadap anaknya itu.

Ryan Lawrence; 25, dari New York, Amerika Syarikat mengaku membunuh anaknya, Maddox; 1, pada Februari lalu kerana cemburu dengan perhatian yang diberikan orang sekeliling terhadap anaknya yang menghidap penyakit kanser mata.

Dia mengaku memukul anaknya itu sebelum membuang mayat mangsa dalam tempat pendiangan api di Onondago.

Mayat Maddox ditemui pihak polis selepas tiga hari dia dilaporkan hilang.

Kehilangan Maddox disedari ibunya, Morgan Lawrence yang kemudiannya mengesyaki suaminya menjadi dalang di atas kehilangan anaknya itu.


Dia kemudiannya menghubungi pihak polis dan susulan itu polis mula mengekori pergerakan Ryan sehingga suspek akhirnya mengakui dia membunuh anaknya dan menunjukkan di mana mayat anaknya disembunyikan.

Ryan akan dijatuhkan hukuman bulan hadapan dan dia bakal berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan selama 25 tahun di atas kesalahannya itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori