Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Minta Lebih Banyak...

PUTRAJAYA - Malaysia meminta akses pasaran ke atas varieti mangga ke pasaran Jepun,...

Boston Bombing: Dzhokhar Tsarnaev...

SUSPEK insiden pengeboman acara larian marathon di Boston, Amerika Syarikat, Dzhokhar Tsarnaev, 21,...

Murid Meninggal Sebab Gula...

Isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencetuskan ribut dalam dunia...

Video: Guru Minta Maaf...

SEORANG guru tampil memohon maaf di laman sosial selepas mencetuskan kontroversi menampar sembilan...

Bas Terbalik: Pemandu Punya Tiga Rekod Kesalahan

KUALA LUMPUR – Pemandu bas persiaran yang menyebabkan 37 penumpang cedera selepas bas terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, semalam, mempunyai tiga rekod kesalahan lalu lintas.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud ketika dihubungi Bernama berkata antara kesalahan yang pernah dilakukan pemandu berkenaan adalah menyebabkan halangan lalu lintas.

“Pemandu bas berusia 42 tahun itu, mempunyai rekod kesalahan lalu lintas yang biasa.

“Dalam kemalangan semalam pula, kita sudah menghantar sampel air kencing dan darah kepada Jabatan Kimia, keputusan akan mengambil sedikit masa.

“Pemandu berkenaan bagaimanapun dibebas dengan jaminan polis,” katanya di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini.

Bas persiaran itu yang membawa 44 warga emas tempatan berusia lingkungan 50 hingga 70 tahun yang dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong, dipercayai gagal dikawal akibat jalan licin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori