Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

FIFA Tarik Balik ‘Gantung’...

BUENOS AIRES - Argentina mendapat suntikan semangat untuk layak ke pusingan akhir Piala...

Perak Komited Bina Lapangan...

IPOH - Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu...

Video: Gelagat Anjing...

TAK tahu lah apa yang istimewanya kain yang tergantung di ampaian itu sampaikan...

130 Anggota DAP Triang,...

BERA – Selepas PPBM Bahagian Temerloh kehilangan lebih separuh daripada anggotanya malam semalam,...

Bayi ‘Telan’ Ular Hidup-Hidup Diselamatkan Ibu

AJAIB… Seorang bayi perempuan hanya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah selepas makan seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya, baru-baru ini.

Kejadian berlaku di Serang, Indonesia sebenarnya bermula kira-kira dua minggu lalu apabila ibu bayi berusia 18 bulan itu, Arsanah melihat anaknya sedang mengunyah sesuatu.

Ketika membuka mulut anaknya, dia melihat ekor ular dan cuba menarik keluar ekor tersebut sebelum dibawa ke klinik berdekatan dan dirujuk ke Hospital Dradjat Prawiranegara.

Selepas kejadian itu, anaknya sering muntah dengan mengeluarkan sedikit darah dan sisik dipercayai daripada kulit ular tersebut.

Arsanah yang tinggal di sebuah rumah kecil di tengah sawah padi sering melihat ular melalui kawasan berkenaan.


Kini, keadaan bayi perempuannya semakin pulih dan memerlukan rawatan susulan bagi memastikan kesihatan anaknya pulih sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori