Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TNC USM Dipilih Tokoh...

BALIK PULAU - Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Abdul Rahman...

Lagi Kes Hasut: Ustaz...

BUTTERWORTH - Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ustaz Wan Ji Wan Hussin...

PRU15: [RASMI] Muhyiddin Menang...

MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menang besar dengan...

UPSR Bocor:  Guru, Tolong...

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memberi amaran kepada guru-guru untuk tidak bersubahat dengan...

Beban Tugas Guru Dikaji – Mahdzir Khalid

KEPALA BATAS – Kementerian Pendidikan sedang menganalisis beban tugas guru terutama dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pengisian data dalam talian.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu satu Mesyuarat Penyelarasan Berhubung Sistem Pengisian Data Dalam Talian akan diadakan Khamis ini di Putrajaya bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Sebenarnya guru dalam Pekeliling Perkhidmatan Pendidikan sudah mempunyai tanggungjawab hakiki.

“Kerja guru ini selain daripada mengajar dalam bilik darjah, ada lagi aktiviti lain iaitu sukan, ko-kurikulum, akademik dan kebajikan murid,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad di sini hari ini.

Beliau berkata antara perkara yang akan dikaji ialah tugas perkeranian yang ada kaitan dengan memasukkan data melalui sistem dalam talian sama ada guru perlu menghantarnya ke kementerian atau tidak.

“Perkara itu akan dibincang secara lebih terperinci sama ada guru hanya perlu menghantar data-data itu sehingga ke peringkat Pejabat Pendidikan Negeri atau hanya ke Pejabat Penddikan Daerah dan tidak perlu memanjangkan data itu ke kementerian.


“Jadi tidak semua data itu nak kena ‘key in’ hari hari, nak kena hantar mingguan, bulanan ke kementerian. Ini semua kita sedang kaji,” katanya.

Sementara itu Mahdzir berkata kementerian tidak berhasrat menambah sukatan baharu dalam silibus buku teks sejarah sedia ada dengan memasukkan tamadun Sungai Batu sebagai modul pembelajaran subjek Sejarah.

“Kami tidak berhasrat untuk menambah sebab yang ada sekarang pun sudah banyak…apa yang kita boleh buat ialah apabila disahkan kebenarannya, kita boleh mengambilnya sebagai elektif tambahan kepada apa yang sedia ada,” katanya.

Sungai Batu yang terletak 10 kilometer dari Sungai Petani, Kedah menjadi tumpuan dunia sebaik penemuan tamadun terawal di Asia Tenggara dan diisytihar secara rasmi sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori