Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

KM Sarawak Akan Terus...

BAU - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri akan...

Penduduk Kecoh Lihat Badak...

Jerman - Penduduk di sebuah bandar di Luckenwalde gempar apabila menyaksikan seekor badak...

RUU Persendirian Yang Dibawa...

KUALA LUMPUR - Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah...

Jerebu: JAKIM Minta Semua...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta masjid di seluruh negara mengadakan...

Beg Kucing, Sanggupkah Anda Pakai?

PERNAHKAH anda terfikir ada orang yang sanggup menghasilkan beg daripada bangkai binatang yang ditemui di tengah jalan?

Bagi seorang wanita, Claire Hobbs dari Christchurch, New Zealand, dia telah menjadikan seekor kucing yang telah mati sebagai beg.

Idea berkenaan tercetus ketika dia bertembung dengan seekor kucing yang mati dilanggar oleh kenderaan. Claire yang merupakan seorang pengawet binatang, kemudiannya membawa kucing itu ke rumah dan menjadikannya sebagai beg.

Beg kucing berkenaan kini dilelong dalam laman sesawang Trade Me pada harga permulaan RM4,255 termasuk kos penghantaran.

Claire juga menegaskan tidak ada binatang yang dibunuh dalam penghasilan beg berkenaan dan dia hanya menggunakan binatang yang mati secara semula jadi.

Bagaimanapun ramai yang berbelah bagi mengenai beg kontroversi itu.


“Cara pengakhiran yang tidak bermaruah bagi makhluk mulia ini,’’ demikian antara kemarahan yang diluahkan oleh salah seorang pengguna.

Ramai juga yang menggelarnya sebagai menjijikkan namun Claire dengan penuh sopan santun mengingatkan mereka jika mereka memakai barangan kulit, maka ia tiada bezanya.

Dia juga menyatakan betapa terkejutnya dengan jumlah pengguna yang berminat dengan beg tersebut hinggakan dia terpaksa mengambil masa selama sehari untuk menjawab soalan dalam laman sesawang berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori