Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Negeri Sembilan Daftar...

KUALA LUMPUR - Barisan pemain pasukan Negeri Sembilan untuk aksi Liga Malaysia musim...

Laporkan Kegiatan Mak Nyah

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) boleh mengambil tindakan terhadap individu...

Projek Ekonomi di Kampung...

BERA - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan...

Orang Melayu Tak Berdiam...

SINTOK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang...

Bekalan Air Di Shah Alam, Petaling Jaya, Klang Pulih

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air bersih di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang di Selangor sejak 29 Ogos lalu telah kembali pulih.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, masalah yang timbul akibat paip utama pecah di Seksyen 15 Shah Alam itu berjaya ditangani lewat petang semalam.

“Kejadian itu menyebabkan sistem pam yang menyalirkan bekalan air ke kolam takungan di kawasan terbabit mengalami isu teknikal.

“Bekalan air telah mencatat penurunan mendadak sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air sementara.

“Menjelang lewat petang semalam, isu teknikal sistem pam telah diatasi dan bekalan air ke kawasan yang terlibat telah pulih seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, dalam usaha untuk mempercepatkan pemulihan ke kawasan yang terlibat, pihak Syabas telah menyalirkan bekalan air dari skim bekalan air berdekatan kawasan terbabit.


Menurutnya, paras air di kolam takungan tersebut kini berada pada paras stabil dan bekalan air ke kebanyakan kawasan yang terlibat telah pulih.

“Sistem pam air bagaimanapun masih diawasi dengan rapi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori