SUSULAN kontroversi video perebutan anak di antara seorang ahli perniagaan terkenal dengan bekas isterinya yang menjadi viral semalam, hari ini bekas isteri Datuk SM Faisal Nasimuddin, Emilia Hanafi tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Menerusi pautan perkongsian di laman Instagramnya, Emilia mengatakan anak keduanya, Faiz memeluk erat lehernya, enggan melepaskan dirinya kepada bapa yang cuba membawanya pulang.
Baca: Video ‘Rampas’ Anak, Bapa Tampil Jelas Perkara Sebenar
Berikut merupakan penjelasan Emilia berhubung video yang dirakamkan di mahkamah yang membenarkan bekas suaminya itu untuk bermalam dengan anak-anak mereka pada hari kejadian pada 20 September lalu.
Diharapkan kes perebutan anak di antara mereka tidak berpanjangan kerana sedikit sebanyak permasalahan sebegini dipercayai mampu memberi kesan kepada emosi kanak-kanak yang sedang membesar.
Kita doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga ini ya. – MYNEWSHUB.CC