Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Agong Rasmi Pembukaan Dewan...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat...

Taska Permata Bonda Tiada...

KUALA LUMPUR - Taska Permata Bonda di Presint 11, Putrajaya tiada kaitan dengan...

PKP: Rakyat Malaysia Tetap...

KUALA LUMPUR - Mood meraikan Aidilfitri yang akan disambut esok masih tetap ‘dirasai’...

Tindakan Diambil Ke Atas...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan...

Bekas Pelajar Sarjana Bebas Tuduhan Miliki 12 Buku Pengganas

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pelajar sarjana di sebuah universiti awam menarik nafas lega hari ini selepas dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas.

Siti Noor Aishah Atam, 29, yang mengambil jurusan Usuluddin itu kemudiannya bersalaman dan memeluk anggota keluarga yang hadir memberi sokongan di galeri awam mahkamah, sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membebaskan Siti Noor Aishah yang berasal dari Dungun, Terengganu, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Tiada bukti menunjukkan tertuduh ada pengetahuan dalam buku-buku itu dan secara jelas buku-buku tersebut tidak diharamkan oleh pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri,” kata Mohamad Shariff.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.

Mahkamah turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P.Kunyalam untuk menahan Siti Noor Aishah di dalam penjara mengikut Seksyen 30(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sementara menunggu rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan terhadap pembebasan tertuduh.

Wanita itu didakwa memiliki buku itu yang merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Islamic State (IS) dan Al Qaeda (AQ).


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu pada 12.25 tengah hari, 22 Mac lepas, mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Pada 19 April lalu, Siti Noor Aishah didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu atas pertuduhan itu.

Kemudian, pada 25 Julai, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan tersebut.

Siti Noor Aishah diwakili peguam Mohd Kamaruzaman A. Wahab dan Zukri Jusoh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori