Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mampu Catat KDNK...

CYBERJAYA - Ekonomi Malaysia mampu mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak...

Pasangan Warga Emas Maut...

GERIK - Pasangan warga emas maut manakala dua yang lain cedera termasuk seorang...

Kadar SST Perlu Lebih...

KUALA LUMPUR - Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) hari ini mengulangi pandangan bahawa Cukai...

Bayi Ditinggal Sendirian Maut...

TAMPIN - Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di...

Bekas Pemain Sokong 4 Pemain JDT Kembali Wakili Negara

KUALA LUMPUR – Beberapa bekas pemain negara mahu empat tonggak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke skuad Harimau Malaysia kerana pengalaman luas mereka amat ditagih pasukan itu.

Bekas pemain negara era-70an dan 80-an, Khalid Ali menegaskan khidmat Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S. Kunanlan tetap ditagih kerana masih cergas untuk mewakili Harimau Malaysia.

“Bagi saya, khidmat empat pemain ini masih diperlukan kerana pengalaman luas mereka di pentas antarabangsa setidak-tidaknya dapat membimbing pemain muda yang tiada pengalaman… lebih-lebih lagi pasukan negara bakal mengharungi Kejohanan Piala AFF akhir tahun ini.

“Saya tidak nafikan sumbangan mereka kepada skuad kebangsaan sebelum ini namun jika kita lihat pada umur mereka, saya berpandangan mereka masih sesuai untuk mewakili negara,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Bekas pemain era 80-an, Mohd Azuan Zain mengakui kehadiran Safiq dan Kunanlan umpamanya, mampu memperkuatkan kembali jentera tengah skuad kebangsaan yang pincang ketika Malaysia tewas 0-3 kepada Indonesia pada aksi persahabatan di Stadium Manahan, Solo, Indonesia, Selasa lepas.

“Saya lihat kelemahan jelas ketara di jentera tengah ketika kita tewas kepada Indonesia, jadi saya rasa Datuk Ong (Ong Kim Swee) perlu membawa kembali empat pemain ini ke dalam skuad kebangsaan.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sepatutnya bertindak tegas terhadap mana-mana pemain yang tidak menghargai peluang menyarung jersi negara. Sekiranya mereka ingin bersara mestilah beri sebab yang kukuh,” tegasnya yang pernah melatih beberapa pasukan tempatan seperti UiTM FC dan Johor FC.

Namun pandangan berbeza disuarakan seorang lagi bekas pemain negara, Bakri Ibni yang melihat sudah tiba masanya Kim Swee memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda untuk menyarung jersi negara.


Tanpa menidakkan sumbangan pemain senior, bekas pemain dan jurulatih Perlis itu menjelaskan negara ini mempunyai ramai pemain berbakat namun dipandang sepi kerana mendakwa kekurangan liputan daripada media massa.

“Bagi saya tidak logik pasukan kita pincang tanpa ketiadaan empat pemain ini. Kita sebaliknya kena cari jalan penyelesaian bagaimana untuk mempertingkatkan skil pemain tempatan supaya boleh bersaing dengan pemain luar,” katanya.

Pada masa sama, Bakri yang merupakan anggota skuad negara yang layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia, menegaskan pemain tempatan seharusnya menggunakan peluang kehadiran semula pemain import bagi menonjolkan kemampuan, sekali gus merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

Empat tonggak kebangsaan itu mengumumkan persaraan daripada mewakili negara, Julai lepas atas alasan mahu memberi peluang kepada pemain muda menyarung jersi kebangsaan.

Kim Swee dilaporkan masih mengharapkan kudrat bekas empat tonggak itu kerana sukar mendapatkan keserasian pemain baharu yang dipanggil mewakili skuad kebangsaan dalam tempoh yang singkat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori