TIDAK keterlaluan kami katakan, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein layak diangkat sebagai wanita yang tabah.
Mana tidaknya, dia bercerai dengan bekas suaminya Azmi Hatta ketika disahkan hamil anak pertama.
Lebih menyedihkan, Elly turut mendakwa suaminya tidak pernah melawat waima bertanya khabar anak mereka, Putri Sara Sefhia, sejak dia dilahirkan enam bulan lalu.
Bagaimanapun, Elly memberitahu, dia tidak bersedih dan kecewa kerana dia sudah biasa hidup sendiri selepas diceraikan Oktober lalu ketika Putri Sara masih dalam kandungan.
“Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.
“Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan.”
“Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.
“Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya.
“Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Elly, sepanjang menjaga Sefhia dialah ibu dan dialah juga bapa yang cuba memberi sepenuh kasih sayang.
Dalam pada itu, Elly memberitahu, nafkah anak akan dibicarakan di mahkamah pada 12 Oktober ini.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober tahun lalu ketika Elly hamil tiga bulan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro