BAHANA pelancaran iPhone 7 di China adalah perkara yang sangat luar biasa apabila kumpulan pertama telefon tersebut habis dijual kurang dari masa sebulan ia memasuki pasaran.
Kerana sambutan yang hangat dan stok yang terhad, seorang wanita sanggup menanggung risiko penipuan memesan peranti itu menerusi jualan atas talian.
Menurut laporan tempatan negara tersebut, wanita berkenaan, Mimi Jiang telah memesan iPhone 7 tetapi apa yang dihantar kepada adalah iPhone 3 dan iPhone 4.
Lebih malang lagi apabila Mimi juga diberikan sekeping kad fusion kartun popular, Yu-Gi-Oh dimana kad tersebut digunakan untuk menggabungkan dua raksasa menjadi satu.
Penjual tersebut memberikan iPhone 3 dan 4, dah jika ‘digabungkkan’ menggunakan kad kartun itu, ia akan menadi iPhone 7 seperti yang dipesan Mimi.
Tidak berpuas hati dengan penipuan tersebut, Mimi kemudian memuat naik gambar iPhone-nya di akaun Facebook dan ia telah dikongsi melebihi 3,000 kali.
Gambar tersebut mendapat perhatian netizen, dan terdapat juga segelintir pengguna laman sosial yang meluahkan kekesalan mereka.
“Saya faham penderitaan awak, tetapi awak bernasib baik kerana masih menerima telefon dan bukannya sayur atau seluar dalam,” tulis Wen Xuan.
“Penjual atas talian kebanyakkan berperangai menyerupai haiwan yang tidak mempunyai akal. Saya juga pernah mengalami situasi seperti ini,” tulis seorang lagi netizen.
Sudah lah ditipu, tahap troll yang diberikan memang level 999! -Ă‚Â Agensi