Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Jubah, Abaya Bukan Busana...

INGIN mengembalikan gaya tradisional orang Melayu, pengarah dan pelakon Erma Fatima memperkenalkan koleksi...

Produktiviti Buruh Malaysia Pada...

KUALA LUMPUR - Produktiviti buruh Malaysia meningkat 3.5 peratus kepada RM78,218 pada 2016...

SMART 2 Pelan Bendung...

Kuala Lumpur : Masalah banjir di Selangor memerlukan penyelesaian tuntas selepas kerugian akibat...

PAS Akui Kurang Bersedia...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui kerajaan negeri Kelantan pimpinan parti itu masih tidak...

Benarkah Rawatan Resdung Guna Asap Dan Habuk Kayu?

MUNGKIN pesakit resdung perlu mengkaji semula rawatan penyakit itu kerana pelbagai kaedah digunakan oleh pusat rawatan tetapi belum ada bukti sah kepada kaedah tersebut.

Banyak pusat rawatan resdung di luar sana yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat resdung ataupun dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai Allergic Rhinitis.

Selalunya, kita akan melihat penggunaan asap yang perlu disedut oleh pesakit, kertas yang digulung dan dibakar pada hujungnya supaya hujung yang satu lagi boleh menyedut resdung daripada muka.

Ada juga yang menggunakan habuk kayu yang perlu disedut oleh pesakit, namun benarkan cara ini mampu mengubati resdung.

Kaedah menyedut habuk atau asap diberikan kepada pesakit sehingga mengeluarkan hingus yang banyak daripada hidung. Cecair ini dikatakan terperangkap dirongga muka.

Sebenarnya, cecair yang terhasil selepas menyedut asap ataupun habuk kayu itu bukanlah berasal daripada cecair yang terperangkap dalam rongga muka. Ia merupakan cecair ataupun mucous yang terhasil akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.

Contohnya, ketika mengemas rumah yang banyak habuk, sudah tentu akan bersin. Itu adalah tindak balas normal saluran pernafasan hidung kita untuk mengelakkan bendasing iaitu habuk masuk ke dalam paru-paru. Sebab itu saluran hidung menghasilkan hingus (mucous) yang banyak.

Perkara yang perlu diberi perhatian adalah menghidu asap boleh merosakkan paru-paru seperti mana penghisap rokok. Manakala menghidu serbuk kayu pula boleh menyebabkan serbuk kayu itu tertinggal di dalam saluran hidung dan boleh menyebabkan keradangan yang kronik.

Selain daripada menghisap, kaedah lain yang digunakan adalah menggunakan kertas yang digulung dan dibakar untuk menyedut resung.


Cara untuk menghasilkan kertas tersebut adalah dengan menggunakan kertas yang berwarna putih dan digeserkan lilin pada bahagian atasnya. Selepas itu, kertas itu digulung dan pastikan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang telah digeserkan dengan lilin.

Kemudian, satu hujung diletakkan pada bahagian muka pesakit dan satu hujungnya lagi dibakar. Apabila kertas itu sudah terbakar separuh, alihkan kertas itu dan padamkan api.

Akan nampak pada bahagian muka yang diletakkan kertas tadi tu mempunyai beberapa ketulan yang dikatakan sebagai punca resdung. Jaga-jaga, ketulan yang terhasil itu merupakan lilin yang telah mencair daripada kertas itu dan jatuh ke bawah.

Jika anda cuba kaedah ini pada permukaan simen dan juga besi, kedua-duanya menunjukkan keputusan yang sama iaitu ketulan yang sama terhasil daripada prosedur yang dibuat pada muka.

Oleh itu, pesakit resdung nasihatkan supaya mengelakkan cara rawatan yang tidak diketahui keberkesanannya dan komplikasi yang mungkin dihadapi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori