Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Harimau Belang Mersing Ditemukan...

KUALA LUMPUR - Seekor harimau belang yang sebelum ini dilihat berkeliaran sekitar Ladang...

Rangkul Anugerah Sebelum Tersingkir...

DARREN Moore dipilih menerima anugerah pengurus terbaik untuk bukan April beberapa jam sebelum...

Harga RON97 Turun 10...

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter, manakala harga diesel...

MCA Rayu Pengundi Cina...

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru pengundi Cina...

Berjoget Punya Pasal, Peguam Negara Digesa Letak Jawatan

GARA-GARA menari bersama jemaah Menteri pada sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka Rabu lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali digesa melepaskan jawatan.

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, Haniff Khatri dan bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan tindakan Apandi menari bersama beberapa menteri kabinet tidak sepatutnya berlaku dan boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Peguam Negara itu.

Haniff baru-baru ini memuat naik video berdurasi 25 saat dalam Facebooknya yang memaparkan seorang lelaki iaitu Apandi dilihat menari bersama beberapa menteri, termasuk Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nancy Shukri ketika sambutan Hari Kemerdekaan.

Katanya, tindakan Apandi menimbulkan kebimbangan rakyat terhadap kemampuan membuat keputusan adil dan saksama dalam siasatan ke atas Perdana Menteri atau mana-mana menteri kabinet.

Terbaharu, Khairuddin menyerahkan memorandum kepada Pejabat Peguam Negara yang mendesak Apandi melepaskan jawatan dengan serta merta kerana tindakannya yang menari di khalayak bersama menteri adalah bertentangan dengan etika sebagai peguam negara.

“Sebagai Peguam Negara, beliau perlu ‘behave’ sikit dan tidak harus menunjukkan keakraban dengan orang-orang politik, menteri ataupun orang ramai kerana dari segi etikanya adalah tidak betul.

“Tingkah laku beliau telah meranapkan dan memusnahkan kebebasan pejabat peguam negara. Beliau tidak boleh lagi melaksanakan tanggungjawab menurutkeperluan perlembangaan, undang-undang dan keadilan asasi dengan adil dan saksama,” katanya selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya, hari ini.


Khairuddin berkata, pihaknya akan mengambil segala langkah yang dibenarkan di sisi undang-undang bagi memastikan Apandi melepaskan jawatan dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, Free Malaysia Today melaporkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau bersama beberapa menteri menari secara spontan kerana muzik terlalu mengasyikkan.

Beliau menjelaskan tindakan bergojet itu bukanlah sesuatu yang serius kerana tiada kaitan dengan etika dan kesalahan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori