SEBELUM ini, viral tentang kisah perkahwinan sederhana Noh Hujan apabila memberitahu bahawa dia hanya ada RM8,000.00 sewaktu mahu berkahwin dengan pilihan hatinya, Mizz Nina.
Mungkin tidak mahu kalah dengan kisah Noh dan Nina, Fynn Jamal pula muncul dengan kisahnya yang sanggup menerima Hazrilfitri, seorang ‘abang delivery‘ sebagai suaminya.
“Waktu kami bernikah, saya adalah seorang pensyarah dan dia adalah seorang abang delivery, tapi Wallahi kami hidup gembira.”
Mungkin niat Fynn mahu berkongsi kisah hidupnya untuk dijadikan teladan agar wanita di luar tidak mengukur kebahagiaan menggunakan wang ringgit dan kekayaan.
Tetapi, lain pula yang terjadi selepas beberapa ketika status tersebut muncul di media sosial. Ada plot twist…
Ada peminat Fynn mendedahkan Hazrilfitri atau lebih mesra dipanggil Tri itu sebenarnya bekerja sebagai seorang pramugara untuk sebuah syarikat penerbangan yang terkenal.
Bukan tuduhan melulu, tetapi ia juga merupakan antara luahan Fynn yang dibuat pada tahun 2008.
Ada juga peminat yang menyatakan bahawa Fynn pernah menceritakan dia menerima sebuah kereta mewah yang diberikan oleh Tri pada hari pernikahan mereka.
Kami juga tak dapat pastikan yang mana satu betul, mana satu yang salah.
Tapi apa salahnya kita bersangka baik, masa kahwin Tri merupakan seorang ‘mat despatch’ dan rezeki berkahwin, Tri ditawarkan kerja sebagai seorang pramugara. Kan?
#BersangkaBaik. – MYNEWSHUB.CC