Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Rewang Selorong Setaman Dapat...

REWANG, amalan gotong-rotong bagi persiapan kenduri kendara. Inilah tradisi di kampung-kampung tatkala berlangsungnya...

Timbalan Speaker Terima Kunjungan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari...

Mahfuz: Saya Bukannya Hadir...

SUBANG JAYA - Kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke persidangan...

Ku Nan Yakin BN...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin...

Biak Nyamuk Aedes, Syarikat Pembinaan Didenda RM15,000

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM15,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membiakkan nyamuk Aedes untuk kali kedua, April lepas.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat itu selepas wakil syarikat Thrive Build Sdn Bhd, Ruhizai Ismail, mengaku bersalah melakukan tindakan yang boleh atau mungkin menimbulkan sesuatu keadaan yang boleh membiakkan dan memberi perlindungan kepada serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk Aedes Aegypti.

Thrive Build didakwa melakukan kesalahan itu di dua kawasan lingkungan premis tapak bina Lot 1860, iaitu di sebuah lopak air di Blok B, Tingkat 4 dan salur air di Tingkat 2 tempat letak kereta, Segambut Dalam, di sini antara pukul 11.45 pagi dan 12.15 tengah hari, 25 April lepas.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dihukum di bawah Seksyen 23(b) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Kepong Amirul Hisham Mohd Eisa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat kepada syarikat berkenaan kerana ia merupakan kesalahan kali kedua selepas pertama kali disabitkan kesalahan sama pada Februari lepas.

“Kawasan pembinaan ini terletak bersebelahan dengan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut Jaya dan sehingga Mei tahun ini, terdapat lapan kes denggi telah direkodkan di sekolah tersebut.


Tapak pembinaan ini telah diarahkan supaya ditutup dari 25 April hingga 9 Mei bagi kerja-kerja pembersihan tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Beliau juga berharap agar hukuman yang dikenakan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha tapak pembinaan yang lain bagi kepentingan kesihatan orang awam.

Thrive Build yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan atas alasan pihaknya telah mengambil langkah-langkah untuk membasmi kawasan yang berpotensi untuk tempat pembiakan Aedes sejak April lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori