Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Keislaman Sayyidina Bilal Dan...

SAYYIDINA Bilal ialah seorang sahabat yang masyur yang sentiasa menjadi juru azan di...

Edlin AF2, Suami Bercinta...

MASIH ingat lagikah pada Edlin Abdul Rahim (Edlin) yang popular menerusi rancangan Akademi...

Suami Dipenjara Empat Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret...

Maksiat Waktu ‘Raya Cina’,...

JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor...

Bomba, APM Bantu Bawa Pesakit Obesiti Ke Hospital

SIBU – Empat anggota paramedik yang tiba dengan ambulans terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk membawa seorang lelaki obesiti ke hospital, hari ini.

Sia Chi Herng, 33, yang mempunyai berat badan 250 kilogram terlalu lemah dan bengkak kakinya, sehingga tidak mampu berdiri, sekali gus memaksa anggota paramedik mendapatkan bantuan tambahan untuk mengangkat lelaki itu di rumahnya di Ulu Sungai Merah, di sini.

Menurut Penolong Penguasa Kanan Bomba, Terry Robson, empat anggota bomba tiba dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Jentera Penyelamat Rapid (RRV) ke rumah lelaki itu kira-kira pukul 11.35 pagi.

Namun, mereka terpaksa meminta bantuan daripada rakan untuk membawa lori berikutan tubuh lelaki itu terlalu besar bagi dimasukkan ke dalam ambulans.


Dibantu tiga anggota JPAM, mereka mengambil masa setengah jam untukmenaikkan Sia ke atas lori dan membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori