Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hantu Didakwa Photobomb Gambar...

SEORANG wanita dari Wirral, United Kingdom percaya gambar selfie dengan tiga anaknya di...

Penyelidik USM Cipta Alat...

GEORGETOWN - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak...

5 Stesen Utama Di...

KUALA LUMPUR - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara untuk Program Imunisasi...

Tindakan Naib Ketua UMNO...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng memuji tindakan Naib...

Bot Nelayan Tempatan Guna Awak-Awak Asing Ditahan

GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menggunakan awak- awak rakyat Thailand, 8.6 batu nautika Barat Pulau Kendi, dekat sini awal hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 2 Pulau Pinang Azman Samsudin berkata bot nelayan itu ditahan kira-kira pukul 5.26 pagi, ketika sedang leka menangkap ikan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga lelaki iaitu seorang tekong tempatan dan dua awak-awak warga Thailand berusia 30 hingga 58 tahun. Kami menahan mereka kerana melanggar syarat lesen menggunakan nelayan warga asing,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya membawa balik bot nelayan itu ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut dan merampas peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan seberat 300 kilogram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori