PENYANYI antarabangsa, Paloma Faith sebelum ini  membuat pengumuman bahawa dia sedang mengandungkan anak teman lelakinya, Leyman Lahcine.
Paloma juga memberitahu sejak hamil anak pertama, dia tidak suka mencuci rambutnya kerana menganggap ia merupakan perkara yang membuang masa dan tidak memberikan apa-apa faedah kepadanya.
“Saya harap rambut saya boleh dicuci dengan sendiri tanpa menyusahkan saya. Ia mengambil masa yang panjang untuk menggunakan syampu kemudian membilasnya dengan air.
“Ia perkara yang membuang masa dan saya benci mencuci rambut,” katanya kepada Female First.
Tambahnya, dia berasa teruja apabila mendapatkan tahu sedang hamil anak pertama kerana menjadi seorang ibu merupakan impiannya sejak dahulu lagi.
Paloma juga telah membuat keputusan untuk berehat daripada dunia hiburan buat sementara waktu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kandungannya.
“Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan kehamilan ini kerana saya sudah lama impiakan untuk bergelar ibu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC